PERTANDINGAN FOTOGRAFI "MANA LAGI? MELAKA LER..." TAHUN 2025
ANJURAN KERAJAAN NEGERI MELAKA
LATAR BELAKANG
- Sempena Tahun Melawat Melaka 2025-2026 dan Hari Pelancongan Sedunia 2025
- Mempromosikan keunikan dan potensi Melaka sebagai destinasi pelancongan dunia
- Menonjolkan kreativiti peserta dengan tema "Mana Lagi? Melaka Ler..."
- Mempromosikan kepelbagaian sektor pelancongan Melaka
- Memperagakan elemen produk pelancongan, warisan, budaya, dan alam semulajadi
TEMA PERTANDINGAN
Bertemakan "Mana Lagi? Melaka Ler..."
KATEGORI
- Kamera Digital/Analog
- Kamera Telefon Bimbit Pintar
HADIAH
Tempat/Kategori | Kamera Digital/Analog | Telefon Bimbit |
---|---|---|
Johan | RM5,000.00 | RM3,000.00 |
Naib Johan | RM3,000.00 | RM2,000.00 |
Ketiga | RM1,500.00 | RM1,000.00 |
Saguhati (4-10) | RM800.00 | RM500.00 |
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
- Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara
- Setiap peserta boleh menghantar 6-10 keping gambar bertema Melaka
- Gambar mestilah asli dan belum pernah menyertai pertandingan lain
- Sebarang suntingan atau ubahsuai minima (kecerahan) terhadap gambar menggunakan sebarang perisian komputer adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun, teknik AI, teknik cantuman ”Collage”, ”Super Impose”, ”Trick”, ”Watermark”, gambar yang dimanipulasikan adalah tidak dibenarkan
- Mengandungi maklumat lokasi dan tarikh pengambilan (1 Apr - 17 Sept 2025)
- Penggunaan drone TIDAK dibenarkan
- Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang isu perlanggaran hak cipta pihak ketiga
PEMARKAHAN
- Tema : 30%
- Kreaviti, Sudut : 30%
- Teknik : 20%
- Daya Tarikan : 20%
PENGADILAN
1. Pengadil adalah terdiri daripada
i. Bahagian Promosi Pelancongan
ii. MHI
iii. Persatuan Senifoto Melaka
iv. Bahagian Khidmat Pengurusan JKMM
v. Syarikat Penaja
2. Pengadilan akan diketuai oleh seorang Ketua Juri dari Industri Fotografi yang Profesional
HAK MILIK
1. Gambar yang dihantar akan menjadi hakmilik penganjur;
2. Penganjur berhak untuk menghasilkan semula, menerbit atau mempamerkan bahan-bahan penyertaan ini tanpa sebarang notis atau bayaran kepada peserta;
3. Penganjur berhak untuk menolak penyertaan sekiranya didapati hasil karya adalah tidak asli, penglibatan plagiat atau tidak mematuhi syarat-syarat penyertaan;
4. Penganjur juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan berkaitan dengan subjek di dalam gambar.
PENGHANTARAN PENYERTAAN
1. Setiap peserta perlu Imbas QR atau laman official Kerajaan Negeri untuk menyertai pertandingan ini;
2. Semua penyertaan menggunakan kamera digital / analog perlu dihantar dalam format JPEG / PNG yang beresolusi tinggi tidak kurang dari 5MB ke emel rasmi;
3. Manakala penyertaan Kamera Telefon Bimbit Pintar tidak terikat kepada syarat resolusi minima;
4. Pemenang tempat Pertama, Kedua dan Ketiga mestilah terdiri dari peserta yang berlainan;
5. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 September 2025, jam 12.00 tgh;
6. Keputusan pengadil adalah muktamad.
URUSETIA
BAHAGIAN PROMOSI PELANCONGAN JKMM
LOT G-14, ARAS 1, Bangunan Kota Cemerlang
Ayer Keroh, 75450 Melaka
Tel: +606-232 8402
Email:
PIC: Puan Lim Swee Kiang